Thursday 20 August 2015

Healing Crisis : Kenapa makan Shaklee tambah sakit??

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,


Setiap kali saya consult rakan-rakan yang makan Shaklee, saya pasti ingatkan kesan selepas makan suplemen dalam Shaklee. Pastinya semua orang ingin dapatkan kesan yang baik. Tetapi ada juga yang makan Shaklee tetapi dapat kesan yang tidak seperti diinginkan. Makin sakit lagi adalah..





JANGAN RISAU, ITU DINAMAKAN HEALING CRISIS @ KRISIS PENYEMBUHAN,



Nak tahu apa itu Healing Crisis, Kenapa terjadi, berapa lama ia berlaku, Sila klik link ini:

Q:APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KRISIS PENYEMBUHAN? 

A:IA MERUPAKAN SATU PROSES BERTERUSAN DALAM BADAN YANG MENGAMBIL MASA UNTUK MEMBERSIH DAN MEMBINA SEMULA SEL-SEL BADAN YANG TELAH ROSAK AKIBAT RADIKAL BEBAS. SEBAHAGIAN DARI PROSES INI AKAN MULA UNTUK MENYINGKIRKAN TOKSIN YANG TELAH SEKIAN LAMA TERKUMPUL DIDALAM BADAN SEPANJANG HIDUP. SEMASA PROSES PENYINGKIRAN TOKSIN, BADAN ANDA AKAN MENGALAMI TANDA ATAU SINTOM YANG MEMBUATKAN RASA TIDAK SELESA, DAN IA DIPANGGIL SEBAGAI KRISIS PENYEMBUHAN. DALAM PERUBATAN CHINA, PENYEMBUHAN TERBAIK SENTIASA DIDAHULUI DENGAN KRISIS PENYEMBUHAN.

Q:Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan? 

A:Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.

Q:Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik? 

A:Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku. 

Q:Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan? 

A:Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.


Q:Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?

A:Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.


Q:Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?

A: SECARA UMUMNYA, SELEPAS 1-2 BULAN PENGAMBILAN MAKANAN TAMBAHAN,ANDA SEPATUTNYA TELAH MERASAI PERBEZAANNYA (CTH. TENAGA BERTAMBAH, PERGERAKAN SISTEM USUS YANG LEBIH BAIK, DLL.) SEKIRANYA TIADA SEBARANG PENINGKATAN, ANDA BERKEMUNGKINAN MEMPUNYAI MASALAH SEPERTI: 

  • TIDAK MENGAMALKANNYA SETIAP HARI
  • TIDAK MENGIKUT DOS YANG TELAH DI CADANGKAN
  • TAKUT KEPADA KRISIS PENYEMBUHAN, LALU BERHENTI DARI MENGAMBILNYA
  • PEMAKANAN YANG TIDAK SEMPURNA SERTA MENGAMALKAN GAYA HIDUP YANG TIDAK SIHAT
  • MENGALAMI PENYAKIT KRONIK YANG MEMERLUKAN TEMPOH YANG PANJANG UNTUK SEMBUH
  • MENGALAMI KEADAAN YANG KRONIK YANG MEMBUAT ANDA HILANG KEYAKINAN DALAM MANA-MANA RAWATAN MAHUPUN MAKANAN TAMBAHAN
  • MENGALAMI MASALAH EMOSI


Tanda-tanda & Penyebab Krisis Pemulihan
Memahami Krisis Penyembuhan dan Petanda serta Simptom:

1) Krisis Penyembuhan Sakit kepala yang melampau


Penyebab Tekanan darah tinggi, petanda menyahtoksin 

2) Krisis Penyembuhan Demam, tidak cukup rehat 

Penyebab Meningkatkan metabolisma, merangsang fungsi imunisasi badan

3) Krisis Penyembuhan Ciritbirit,meningkatkan pergerakan usus, najis berbau, air kencing berbau

Penyebab Petanda bagi menyahtoksin, menghimpunkan bahan buangan dan sisa-sisa 
dalam usus besar 

4) Krisis Penyembuhan Kembung perut 

Penyebab Sistem penghadaman yang lemah 

5) Krisis Penyembuhan Ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir 

Penyebab Fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat 
6) Krisis Penyembuhan Penghasilan lendir seperti selsema, kahak  

Penyebab Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak juga adalah petanda bagi menyahtoksin 

7) Krisis Penyembuhan Pendarahan Hidung   Penyebab Mungkin petanda bagi kekurangan darah 
8) Krisis Penyembuhan Rasa sakit pada otot dan sendi    

Penyebab Badan berasid, toksin terkumpul dibahagian yang sakit 
9) Krisis Penyembuhan Peningkatan rasa sakit di sebahagian  badan yang bermasalah 

Penyebab Mempercepatkan krisis penyembuhan
10) Krisis Penyembuhan Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif
  
Penyebab Sistem saraf yang lemah 

11) Krisis Penyembuhan Kitaran haid yang tidak menentu 
Hormon yang tidak seimbang/ penyakit buasir perubahan waktu kitaran haid, kegatalan pada alat sulit, penghasilan lendiran yang banyak 

12) Krisis Penyembuhan 
Lapar, Pening

Penyebab Tekanan darah rendah, anaemia 

13) Krisis Penyembuhan Loya, sembelit, tersedu 

Penyebab Sistem hadaman yang lemah, masalah hati 

14) Krisis Penyembuhan Edema (membengkak)

Penyebab Masalah buah pinggang

Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity

Semoga anda cepat sembuh dan sihat-sihat selalu..amalkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran sebagai terapi minda dan jiwa, bila anda tenang dan positif, penyakit mudah hilang..dan jangan lupa minum air masak 3L sehari ye!!!! 

Jangan segan silu untuk bertanya saya kalau ada apa-apa masalah..do contact me atau PM di FB..
Read More »