Sejak kebelakangan ini keadaan cuaca tidak menentu dan kadangkala terlalu panas, memang risau dengan risiko dehidrasi (badan kehilangan air) dan pelbagai masalah kesihatan lain. Oleh sebab itu minumlah air putih secukupnya atau air isotonik yang tidak bergas. Contohnya Performance Drink dari Shaklee, isotonik tanpa gas yang mengekalkan air dalam badan dan memberikan tenaga.
Cuba check warna urin kita hari ini. Tahap mana warna urin kita? Setiap 25kg berat, kita perlu minum 1 liter air. Contoh berat 50kg, perlu minum 2 liter air sehari kerana 73 peratus dari badan kita memerlukan cecair. Jadi kadar setiap orang minum air adalah berbeza.
Kajian menunjukkan kehilangan 2% cecair badan boleh menyebabkan:
✔ Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)
✔ Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah
✔ Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak
✔ Tekanan darah menurun
✔ Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk
✔ Lesu pada waktu siang
✔ Sakit belakang
✔ Dehidrasi
✔ Sakit kepala
✔ Memperlahankan kadar metabolisma
✔ Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara
✔ Sendi dan otot mengalami kekeringan
✔ Menyukarkan penyingkiran bahan toksik
✔ Meningkatkan keinginan untuk makan
✔ Darah menjadi pekat
✔ Mudah keliru.
✔ Degupan jantung meningkat
✔ Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan
Berikut 8 sebab yang ingin saya kongsikan kepada anda semua tentang kebaikan minum air putih.
1. Menguruskan badan
Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.
2. Meningkatkan kesuburan
Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.
3. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.
4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.
5. Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.
6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.
7. Menyihatkan jantung
Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.
8. Ubat kepada penyakit strok
Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.
Ramai yang tahu bahawa air putih begitu berharga tetapi tidak ramai yang memanfaatkannya. Mulai saat ini jom kita didik diri dan anak2 untuk memanfaatkan sepenuhnya keajaibannya.


No comments:
Post a Comment