Wednesday, 1 April 2015

Tidur Berdengkur?? Atasi Sekarang Sebelum Menjadi Lebih Serius!!

Nyahkan Dengkuran Anda!!


Masalah dengkuran boleh mengganggu kualiti tidur pasangan. Jika masalah ini dibiarkan berlanjutan, ia juga boleh menjejaskan hubungan anda pada masa akan datang...bunyi macam remeh, tapi tahukah anda ada satistik yang menunjukkan perceraian berlaku akibat masalah pasangan yang berdengkur semasa tidur!



TERDAPAT 10 FAKTA TENTANG BERDENGKUR..

Apakah anda salah seorang yang suka berdengkur?? atau anda mempunyai pasangan atau keluarga yang suka berdengkur??

1. Satu dari lima penduduk dunia berdengkur. -Dianggarkan lebih dari satu milion orang di seluruh dunia berdengkur semasa tidur kerana pelbagai sebab.
2. Lelaki lebih banyak berdengkur. - Lebih banyak lelaki yang berdengkur dibandingkan wanita, perbandingannya adalah 80% laki-laki dan 20% perempuan.Alasannya berkait dengan distribusi kelebihan berat badan orang lelaki yang bertumpu di bahagian dada dan leher sehingga menyebabkan penyempitan saluran udara.Kelebihan berat badan pada wanita umumnya bertumpu di bahagian punggung. Lelaki juga mempunyai leher lebih besar daripada wanita. Ukur lilit leher 40 cm adalah lebih cenderung membuat orang berdengkur.
3. Radang amandel (tonsilitis) menyebabkan kanak-kanak berdengkur. - Salah satu ciri kanak-kanak yang terkena radang amandel (tonsilitis) adalah berdengkur semasa tidur.
4. Posisi tidur mempengaruhi seseorang berdengkur. - Tidur terlentang lebih cenderung untuk berdengkur dibandingkan tidur mengiring.
5. Kelebihan berat badan menyebabkan berdengkur. Kelebihan berat badan sangat biasa di kalangan orang yang berdengkur. Ini kerana lemak yang terbentuk di sekitar kerongkong akan menyempitkan saluran udara. Selain itu, lemak di perut dapat menyebabkan diafragma berfungsi secara tidak teratur.
6. Pil tidur dan obat penenang menambah resiko berdengkur. Ubat-Ubatan ini menyebabkan relaksasi otot dan meningkatkan peluang berdengkur.
7. Wanita berumur 50an yang berdengkur sama banyaknya dengan lelaki. Akibat proses penuaan, wanita kehilangan otot dan lemak di kawasan kerongkong. Lidah, pangkal kerongkong, dan jaringan lainnya yang berhampiran juga boleh sedikit menyusut.Perubahan ini akan mengurangkan ukuran saluran nafas dan meningkatkan risiko berdengkur. Hanya 5% perempuan yang berdengkur semasa berumur tiga puluhan, namun pada usia di atas 50 tahun jumlahnya boleh mencapai 40%.Pada usia ini, jumlah wanita yang berdengkur sama banyaknya dengan lelaki.
8. Berdengkur menandakan penyakit. - Bendengkur merupakan gejala obstructive sleep apnea (OSA), gangguan umum dan berpotensi serius di mana nafas berulang kali terhenti dan berlanjutan semasa tidur.Seseorang dengan sleep apnea sering bangun malam untuk bernafas, tetapi biasanya tidak mengingatinya.Sleep apnea seringkali tidak disedari tetapi sangat berbahaya bagi kesihatan kerana menyebabkan kurang tidur, kekurangan oksigen, depresi dan meningkatkan risiko serangan jantung dan stroke.
9. Bunyi dengkur dapat mencapai 90 desibel. - Sama dengan bunyi yang dihasilkan oleh sebuah lori truk yang laju di jalan raya.
10. Merokok menyebabkan berdengkur - Asap rokok dapat menginfeksi jaringan kerongkong yang menyebabkan bengkak. Ini menyebabkan penyempitan saluran udara dan membuat orang berdengkur

CARA ATASI MASALAH BERDENGKUR

Ubah posisi tidur

Apabila lidah, lelangit, tonsil atau otot di belakang kerongkong saling bersentuhan, ia akan menyebabkan kita berdengkur. Posisi terlentang ketika tidur menyumbang ke arah masalah ini kerana ketika kita terlentang, lidah tertarik ke belakang dan menyempitkan aliran udara. Untuk mengelakkan masalah ini, cuba tidur mengiring. Mengiring ke kanan lebih afdal.

Turunkan berat badan

Orang yang mempunyai berat badan berlebihan memiliki jaringan leher yang tebal dan ini berkemungkinan menyebabkan risiko berdengkur. Langkah terbaik ialah cuba kurangkan berat badan anda supaya lemak yang terkumpul di bahagian kerongkong turut berkurangan.

Hidu wap air sebelum tidur

Hidung tersumbat juga satu daripada punca berdengkur. Sebelum tidur, hidu wap air panas atau letakkan tuala yang dicelup dengan air panas pada muka dan sedut wapnya. Ini adalah satu cara untuk menghilangkan lendir yang menyumbat hidung kita. Bila lendir hilang, kemungkinan untuk berdengkur berkurangan.

Habuk 

Habuk atau alahan boleh jadi punca kita berdengkur kerana masalah sukar bernafas. Pastikan cadar dan sarung bantal bersih daripada habuk dan hama. Untuk yang berkemampuan, pasang penapis udara supaya kita mendapat bekalan udara bersih.

Namun jika semua tips di atas telah dicuba tetapi masalah berdengkur belum berjaya diatasi, cuba amalkan pengambilan suplemen untuk membantu untuk mengurangkan masalah dengkuran.


Vitamin E mempunyai antioksidan selain membantu proses pengangkutan oksigen dalam darah. Ia berfungsi melancarkan pernafasan anda ketika tidur dan ini sekaligus amat sesuai bagi mereka yang berdengkur. Vitamin E berfungsi membekalkan hemoglobin dalam sel darah merah bagi membekalkan oksigen ke seluruh tubuh dengan lebih baik.

Omega Guard juga membantu melancarkan pernafasan dan salur darah yang sempit.

Lecithin merupakan pemecah lemak yang mana mampu membantu menurunkan berat badan berlebihan yg juga merupakan salah satu penyebab berdengkur.

B Complex juga boleh membantu anda mengatasi masalah dengkur akibat stress.



*DISCLAIMER:

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan tentang produk & bisnes Shaklee di dengan cara sms/whatsapp ke 012 227 6495




No comments:

Post a Comment